Sabtu, 27 September 2014

Masalah pendawaian elektrik Rumah

Masalah Lampu Kalimantang (Pendaflour)




Gambar 1: contoh lampu Kalimantang




Diantara punca-punca seperti berikut:
Masalah Punca utama Cara Baikpulih
1. Bunyi bergetar Choke (ballast) lemah Ganti Baru - hubungi wireman
2. Berkelip-kelip 1. Starter lemah Ganti Baru - hubungi wireman
2. Faktor kuasa rendah Pasang Kapasitor - hubungi wireman
3. Choke lemah Ganti Baru - hubungi wireman
4. Tiub lemah/ rosak Ganti Baru - hubungi wireman
3. Bila On suis lampu 
MCB Terpelantik (tripped) 1. Choke litar pintas Ganti Baru - hubungi wireman
2. wiring litar pintas hubungi wireman
ELCB Terpelantik (tripped) wiring litar pintas hubungi wireman
4. Lampu tidak menyala 1. Tiub/ choke/ starter rosak Ganti Baru - hubungi wireman
2. holder Tiub longgar Pusingkan tiub - hubungi wireman
3. wiring ada masalah hubungi wireman
4. suis rosak Ganti Baru - hubungi wireman




Gambar 2: Litar lampu kalimantang






Pernahkah lampu kalimantang di rumah anda jadi seperti ini, siang berfungsi dengan baik, tetapi apabila malam, lampunya berkelip-kelip. Ini ada caranya untuk membaiki masalah ini.

Terdapat dua sebab lampu kalimantang menjadi seperti itu:

1. Penggunaan choke yang berkuasa rendah dari sepatutnya
Contohnya penggunaan choke 32W untuk tiub kalimantang panjang, atau penggunaan choke 18W untuk tiub kalimantang pendek.

Choke 32W (untuk tiub panjang) atau choke 18W (untuk tiub pendek) sememangnya boleh digunakan untuk menyalakan lampu kalimantang dengan syarat mendapat voltan yang mencukupi. Tetapi pada waktu malam, voltan di rumah biasanya akan menjadi rendah sedikit, oleh itu choke tidak dapat menjana voltan permulaan yang mencukupi untuk menyalakan lampu.

Gantikan choke tersebut dengan choke 36W (untuk tiub panjang) atau choke 18W (untuk tiub pendek).

2. Nilai faktor kuasa rendah pada choke
Sekiranya anda dapati lampu kalimantang tersebut menggunakan choke 36W atau 18W tetapi lampu masih tidak dapat dinyalakan pada waktu malam, ini menunjukkan choke tersebut mempunyai faktor kuasa yang rendah (kurang dari 0.5). Faktor kuasa yang rendah menyebabkan kuasa tidak dapat dihantar sepenuhnya kepada lampu.

Terdapat beberapa cara untuk membaiki lampu kalimantang tersebut;

- Memasang kapasitor seperti gambarajah di bawah. Kapasitor akan meninggikan nilai faktor kuasa dan lebih kuasa dapat dihantar ke lampu kalimantang.

- Menggantikan choke/ballast yang mempunyai faktor kuasa yang lebih tinggi (nilai faktor kuasa biasanya tertera pada choke/ballast) ataupun yang mempunyai cop Sirim

- Menggantikan choke/ballast kepada jenis elektronik.

Segala kerja-kerja seperti pemasangan kipas, lampu, penambahan point soket, water heater,kerosakan dan litar pintas, trip, upgrade DB BOX dan sebagainya.
kerja-kerja meliputi kawasan Banting, Jejarom,Telok panglima garang, Klang & Shah Alam.


Sebarang pertanyaan tentang masalah wiring rumah anda?
sebarang Pertanyaan mengenai masalah Elektrik rumah anda, sila hubungi. SUHA MAJUJAYA ENTERPRISE (003305649-D) Whassap: http://www.wasap.my/60123228410

Tiada ulasan:

Catat Ulasan